Ada juga yang degil ingkar arahan KPDNHEP

November 20, 2020 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Amaran sudah diberikan berulang kali namun masih ada peniaga `keras kepala’ yang cuba mengambil kesempatan dan mengelirukan pengguna.

Terbaru empat pemilik premis di sekitar ibu kota yang dikesan ingkar dikenakan tindakan kompaun serta amaran oleh pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Mereka diambil tindakan sepanjang tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2020 bermula 9 November sehingga semalam.

Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur Ariffin Samsudin berkata, sebanyak 980 premis diperiksa sepanjang tempoh itu membabitkan pasar basah, pasar raya, pasar raya besar dan kedai-kedai runcit di sekitar ibu negara.

“Sepanjang tempoh itu, kami mengambil empat tindakan undang-undang terhadap peniaga yang ingkar dengan kompaun berjumlah RM700.

“Tiga peniaga dikenakan tindakan mengikut Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 kerana gagal mempamerkan tanda harga semasa menjalankan perniagaan dan seorang lagi diberikan amaran kerana gagal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu (pink plate),” katanya.

Beliau berkata, hasil pemantauan dilakukan pihaknya mendapati kebanyakan peniaga menjual barangan terkawal pada harga maksimum yang ditetapkan dan mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Malah, barang-barang kawalan juga didapati mudah diperoleh dan tidak mengalami sebarang gangguan. Kerjasama serta pematuhan peniaga didapati memberangsangkan sepanjang pelaksanaan skim kali ini.

“Namun, peniaga diingatkan supaya memastikan tanda harga dipamerkan dengan jelas serta tidak mengelirukan pengguna.

“Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dan tindakan perundangan boleh diambil ke atas peniaga terbabit,” katanya.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//luvaihoo.com/afu.php?zoneid=2458908