Mayat berbau ditemui terduduk di dalam rumah

November 20, 2020 | Tragedy | No Comments

Kebimbangan seorang lelaki terhadap rakannya yang tidak menjawab telefon akhirnya terungkai selepas rakannya itu ditemui meninggal dunia dalam keadaan terduduk di meja makan di rumahnya di Kampung Tengkek di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, kejadian itu disedari rakannya yang datang ke rumah mangsa sekitar jam 7 malam selepas beberapa hari dia gagal dihubungi.

Menurutnya, keadaan mayat mangsa yang juga seorang mekanik berusia 49 tahun ditemui dalam keadaan telah berbau kerana dianggarkan telah meninggal dunia lebih kurang dua hari.

“Sebaik tiba di rumah rakannya itu, dia mendapati kediaman tersebut berkunci dan panggilannya turut tidak dijawab sebelum terhidu bau busuk di dalam rumah.

“Pihak polis terpaksa memecah masuk kediamannya dan menemui seorang lelaki berseluar jeans, tidak berbaju telah meninggal dunia di bahagian dapur dalam keadaan terduduk di meja makan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mengulas lanjut, Amran berkata, pemeriksaan pada tubuh badan mangsa mendapati tidak terdapat unsur-unsur perbuatan jenayah selain barang berharga miliknya seperti duit dan dokumen penting juga berada di tempat kejadian,” katanya.

Amran berkata, mangsa sudah lima tahun tinggal bersendirian di rumah tersebut dan bekerja sebagai mekanik motosikal di bengkel yang terletak di sebelah rumahnya.

“Dia merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan masih belum berkahwin.

“Berdasarkan siasatan awal mangsa dipercayai mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung tetapi didakwa tidak membuat rawatan lanjut di hospital sebaliknya hanya membeli ubat di kedai dan farmasi,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan proses bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

-sinarharian

, ,

About Author

Leave a Reply

//stawhoph.com/afu.php?zoneid=2458908