Wanita ditikam suami

November 20, 2020 | Crime | No Comments

Seorang wanita cedera di perut dipercayai ditikam suaminya dalam satu pergaduhan di rumah mereka dekat Kampung Iboi, Kupang malam semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian bermula apabila berlaku pertengkaran mulut antara pasangan suami isteri terbabit di luar rumah sebelum berlarutan ke dalam bilik.

Menurutnya, mangsa berusia 36 tahun itu ditikam dengan sebilah pisau sebanyak dua kali di bahagian perut sebelah kiri sebelum suaminya melarikan diri.

“Pergaduhan itu disedari ibu mangsa apabila terdengar kedua-duanya bertengkar sebelum pintu dapur ditendang dan suspek masuk ke dalam bilik.

“Ibu mangsa cuba menghubungi polis namun menantunya itu bertindak merampas telefon dan menghempasnya ke lantai sehingga pecah selain mengugut mahu mencederakan wanita berusia 67 tahun itu.

“Suspek kemudiannya mengacukan pisau kepada ibu mangsa menyebabkannya tidak berani melawan kerana bimbang dicederakan,” katanya.

Mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan dilaporkan stabil.

Difahamkan, kecederaan dialami mangsa akibat luka sedalam kira-kira tiga sentimeter akibat pertengkaran itu.

Polis kini sedang giat memburu suspek dan lelaki tersebut dipercayai masih berada di kawasan itu kerana tidak boleh keluar berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

-sinarharian

,

About Author

Leave a Reply

//zuphaims.com/afu.php?zoneid=2458908