Mangsa banjir di Perak kembali bertambah

November 24, 2020 | News | No Comments

Ipoh: Hujan lebat berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di negeri ini kembali meningkat dengan 315 orang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Kerian, Bagan Serai dan daerah Larut, Matang dan Selama (LMS).

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, jumlah itu meningkat berbanding 239 mangsa daripada 86 keluarga pada pagi.

“Terbaharu, banjir berlaku di Kampung Ulu Kayan menyebabkan satu PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Kayan untuk menempatkan 30 mangsa daripada enam keluarga.

“Kerian mempunyai PPS yang masih dibuka di SK Parit Haji Aman dan jumlah mangsa meningkat kepada 168 orang berbanding 152 orang pada pagi,” katanya.

Jumlah mangsa banjir di PPS SK Changkat Lobak, Bagan Serai meningkat kepada 75 orang daripada 18 keluarga, berbanding 45 mangsa daripada 10 keluarga sebelum in.

Manakala, mangsa banjir di PPS Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Ngah Ibrahim, kekal 42 orang daripada 13 keluarga.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//luvaihoo.com/afu.php?zoneid=2458908