Rupanya nak curi vitamin

November 24, 2020 | Crime | No Comments

Sibu: Tindakan mencurigakan dua lelaki dan seorang wanita ketika masuk ke kedai Watson Premier di Jalan Kampung Nyabor di sini, rupanya mahu mencuri pil vitamin bernilai RM193.81.

Ketiga-tiga mereka yang berusia antara 25 tahun hingga 39 tahun itu mengakibatkan mereka diberkas oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di pintu gerbang, Jalan Kampung Nyabor jam 1 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, pekerja premis terbabit mendengar bunyi alat penggera ketika bekerja pada jam 10.40 pagi semalam.

“Ketika memeriksa kamera rakaman litar tertutup (CCTV) didapati ada tiga pelanggan tidak dikenali telah mengambil dua pek berkembar vitamin berjumlah RM 193.81.

“Barangan yang hilang ialah satu vitamin pek kembar jenama Redoxon berharga RM 94.05 dan satu vitamin pek kembar jenama Subrex RM 99.76,” katanya dalam kenyataan hari ini

Menurutnya, selepas memeriksa rakaman CCTV didapati tiga suspek masuk ke premis itu pada jam 10.49 pagi dan keluar dua minit selepas itu.

“Dua suspek mengenakan baju t-shirt, seluar jeans dan bertopi serta memakai pelitup muka, manakala seorang lagi suspek mengenakan baju t-shirt, seluar pendek, tidak bertopi dan memakai pelitup muka.

“Buku daftar masuk juga didapati tidak ditulis oleh suspek. Pemeriksaan untuk pelanggan yang menggunakan kod pengimbas aplikasi Mysejahtera juga tiada pendaftaran dibuat,”katanya.

Katanya, ketiga-tiga suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Sentral Sibu dan Balai Polis Sungai Merah untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//whugesto.net/afu.php?zoneid=2458908