Tinggal nota pilu di sisi jenazah bayi

November 24, 2020 | News | No Comments

Petaling Jaya: “Saya tidak tahu menguruskan jenazah bayi ini, (sebab) saya jahil dan berdosa besar. Saya juga dibuang keluarga disebabkan anak ini.”

Itu antara kandungan nota ditinggalkan sepasang kekasih yang bertindak membuang mayat bayi perempuan mereka di hadapan sebuah masjid di Sungai Way, di sini, semalam.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid itu membongkar perbuatan lelaki tempatan dan wanita warga asing yang meninggalkan nota meminta pengurusan masjid menguruskan mayat bayi berusia empat bulan itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, dalam kejadian 8.48 malam itu, pihaknya menerima maklumat daripada imam masjid terbabit berusia 32 tahun.

“Imam berkenaan menemui mayat bayi perempuan yang dibungkus dalam plastik dan diletakkan di sebelah tayar kereta miliknya di depan masjid berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek turut meninggalkan sekeping nota meminta bantuan masjid menguruskan mayat bayinya dianggarkan berusia empat bulan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, berdasarkan maklumat dan semakan rakaman CCTV di ruangan depan masjid membongkar pelakuan dua suspek itu.

“Pihak polis kemudian berjaya mengesan dan menahan dua suspek itu di sebuah bilik hotel di Petaling Jaya.

“Hasil soal siasat, suspek lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 26 tahun itu mengaku meninggalkan mayat bayi perempuan mereka di depan masjid berkenaan,” katanya.

Katamya, kedua-dua suspek direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//stawhoph.com/afu.php?zoneid=2458908