2 bayi diterbangkan TUDM untuk rawatan di IJN

November 25, 2020 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan penerbangan ihsan membawa dua bayi dari Kota Kinabalu yang menghidap masalah jantung bagi mendapatkan rawatan dan pembedahan segera di Institut Jantung Negara (IJN), malam tadi.

TUDM dalam kenyataan berkata, pesawat pengangkut A400M diterbangkan Mejar Khairul Ikhmal Ishak dan pembantu juruterbang, Kapten Mohd Amir Shahrin bersama empat anggota lain selamat tiba di Pangkalan Udara Subang pada 9 malam.

“Bayi pertama Andreus Steve Hendru berusia sebulan mengalami masalah jantung dan buah pinggang, manakala bayi kedua, Fadhli Arman Iman Hamizan berusia dua bulan mengalami masalah jantung dan saluran kencing.

“Kedua-dua bayi itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah,” katanya.

Menurut kenyataan, TUDM sebelum ini turut melaksanakan penerbangan ihsan membawa tiga bayi mengalami masalah jantung dari Kuching ke Subang.

Pesawat yang sama pada awalnya melaksanakan penerbangan logistik membawa Tim Mobilisasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peralatan perubatan dan badan bukan kerajaan (NGO) daripada Yayasan Amal Malaysia serta Persatuan Pengakap Malaysia ke Sabah.

Selain itu, pesawat berkenaan juga membawa sampel ujian Covid-19 dari Tawau, Kota Kinabalu dan Labuan sebelum diserahkan kepada KKM sebaik tiba di Pangkalan Udara Subang.

hmetro

, , ,

About Author

Leave a Reply

//stawhoph.com/afu.php?zoneid=2458908