Peniaga vape Bumiputera bakal gulung tikar?

November 25, 2020 | Opinion | No Comments

PADA pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu, kerajaan telah memutuskan untuk mengenakan duti eksais ad valorem pada kadar 10 peratus ke atas semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape yang berkuat kuasa 1 Januari 2021.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut menyatakan bahawa cecair rokok elektronik juga akan dikenakan duti eksais pada kadar 40 sen per mililiter.

Vape merupakan sejenis alat rokok elektronik yang mengandungi sistem isian cecair yang bertujuan untuk mengurangkan ketagihan merokok dan menggantikan rokok tembakau sedia ada di pasaran.

Sembilan daripada sepuluh perokok yang cuba berhenti akan gagal. Sesiapa sahaja yang mempunyai rakan yang merokok tahu bahawa ia tidak senang untuk berhenti.

Cukai yang dikenakan ke atas cecair vape yang tidak bernikotin di lihat seperti tidak masuk akal kerana kandungan cecair rokok elektronik itu hanya dibuat daripada bahan yang sama seperti pembuatan ais krim dan kek.

Lebih-lebih lagi, sistem perundangan di Malaysia tidak bersedia untuk membezakan antara cecair yang tidak bernikotin dan cecair yang mempunyai nikotin. Adakah kementerian mempunyai anggaran untuk menjalankan makmal ini?

Keputusan yang dibuat kerajaan itu juga, sedikit sebanyak akan menjejaskan periuk nasi peniaga vape yang majoriti terdiri daripada kaum Bumiputera iaitu orang Melayu.

Industri vape telah menggajikan sebanyak 25,000 orang Melayu di seluruh Malaysia dan mereka kebanyakan terdiri daripada golongan muda.

Industri vape di Malaysia adalah salah satu yang paling berpengaruh di dunia. Sebilangan besar bekalan dunia berasal dari pengeluar Malaysia.

Sekiranya kita melihat kadarnya, industri ini masih berkembang. Kita tahu bahawa lebih bermanfaat jika kerajaan membiarkan industri ini berkembang, sebelum mengenakan cukai dan menghentikan kemajuannya.

Sekiranya ia menggaji banyak orang Melayu, biarkanlah. Tidak banyak industri di Malaysia yang boleh menggajikan sebilangan besar orang Melayu seperti industri vape.

Jika dilihat dengan lebih teliti kutipan yang bakal di peroleh kerajaan tidaklah terlalu banyak dan ia hanya akan memberi kesan kepada perokok berikutan peningkatan harga.

Dengan itu, kerajaan mungkin hanya dapat menangani isu pelajar sekolah terjebak dengan penggunaan vape yang menjadi isu hangat masa kini. Industri vape juga akan mengurangkan kos dan melepaskan banyak pekerja Melayu.

Jika kerajaan memandang dari sudut pandang yang berbeza ia akan membawa suatu tekanan kepada pengusaha Melayu terutamanya peniaga kecil dan sederhana susulan cukai yang di kenakan itu agak tinggi.

Dan bukan lah masa yang sesuai untuk mengambil kesempatan kepada mana-mana pihak terutamanya ketika ekonomi peniaga yang tidak begitu stabil susulan penyebaran Covid-19 di serata dunia yang sedikit sebanyak memberi impak kepada ramai pihak.

Apabila berlaku kenaikan kos peniagaan, ada ke mungkin terdapat peniaga dalam industri vape bakal menutup perniagaan mereka susulan tidak mampu menampung kos perbelajaan yang boleh di ketogorikan sebagai cekak darah.

Malah, ia juga akan menaikkan rasa tidak puas hati rata- rata peniaga dan beranggapan bahawa keputusan yang di ambil ini seperti menentang peniaga dalam menguasai pasaran dan boleh di sifatkan sebagai salah satu agenda untuk mengenakan mereka.

Tidak menjadi suatu kesalahan untuk kerajaan meletakkan cukai ke atas cecair rokok elektronik tetapi kerajaan perlu mengkaji dan melihat dengan lebih mendalam agar keputusan yang di ambil tidak berat sebelah dan tiada pihak yang tertindas terutamanya orang melayu di Malaysia.

Kerajaan boleh mengenakan cukai tetapi kerajaan perlu memastikan industri ini berada di tahap yang stabil atau ‘mature’ iaitu dalam tempoh dua atau tiga tahun yang akan datang dengan bantuan alternatif daripada pihak kerajaan.

Ini kerana, ketika itu keputusan yang diumumkan kerajaan tidak memberikan tekanan ke atas mana-mana pihak serta tidak menjejaskan sesiapa.

Jika kerajaan beranggapan dengan tindakan yang di ambil ini merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah dalam membendung penggunaan vape di kalangan rakyat Malaysia.

Ia perlu di lihat semula secara menyeluruh serta membuat penekanan lain dalam menjelaskan bahaya vape susulan ramai yang beranggapan vape tidak bahaya, malah rata-rata peniaga juga berkata tiada bukti ke atas dakwaan itu.

Maka dengan itu kerajaan perlu lebih fokus dan mengambil tindakan yang lebih efektif dalam membetulkan persepsi rata-rata pengguna vape dan juga peniaga vape agar lebih faham tentang perkara yang diketengahkan yang tidak hanya tertumpu kepada penguatkuasaan undang-undang serta pelaksanaan cukai semata-mata.

Kerajaan perlu lebih kreatif dan tidak menggunakan tindakan yang sama dalam menangani isu berbangkit dan memastikan segala tindakan yang di ambil memberi impak tanpa memenangkan sebelah pihak dan pihak lain memperoleh kesan dari sudut lain.

Malah kerajaan juga perlu mengambil kira kaum Bumiputera agar perniagaan mereka tidak terjejas.

-sinarharian

, ,

About Author

Leave a Reply

//stawhoph.com/afu.php?zoneid=2458908