4 kawasan di Kuala Selangor alami gangguan air

January 13, 2021 | News | No Comments

Sebanyak empat kawasan di daerah ini mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan satu kejadian paip pecah di Parit Mahang, Ijok, di sini, hari ini.

Menerusi aplikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), pihaknya terpaksa menutup bekalan air pada 4.15 petang untuk melaksanakan kerja pembaikan paip pecah itu.

“Kerja pembaikan dijangka siap pada 8 pagi esok (13 Januari). Proses kerja pembaikan sedang berlangsung dan segala usaha diambil bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan serta meminimakan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas.

“Antara kawasan terjejas ialah Parit Mahang, Kampung Bukit Kuching, Kampung Bukit Hijau dan Kampung Bukit Cherakah,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu, status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Untuk bantuan kecemasan, sila hubungi kami di talian 15300. Segala kesulitan amatlah dikesali,” katanya.

HM

, ,

About Author

Leave a Reply

//whugesto.net/afu.php?zoneid=2458908