Akaun twitter SKMM diceroboh

January 13, 2021 | News | No Comments

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan akaun Twitter rasmi suruhanjaya itu, @SKMM_MCMC diceroboh pihak yang tidak bertanggungjawab.

SKMM dalam kenyataannya berkata, susulan itu, akaun Twitter rasmi Suruhanjaya @SKMM_MCMC berkenaan digantung buat sementara waktu.

“Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan hantaran-hantaran mesej yang mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang dimuat naik melalui akaun berkenaan, yang bukan dikeluarkan oleh pihak SKMM,” katanya.

HM

, ,

About Author

Leave a Reply

//whugesto.net/afu.php?zoneid=2458908