KUALA LUMPUR – Perkhidmatan rel urban dan bas henti-henti kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan tetap beroperasi seperti biasa bermula jam 6.00 pagi hingga 12 tengah malam semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Prasarana dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan perkhidmatan itu termasuk rel dan bas Rapid KL di Kuala Lumpur dan Selangor; Rapid Penang di Pulau Pinang dan Seberang Prai; Rapid Kamunting di Taiping, Perak; serta Rapid Kuantan di Pahang.

Selain itu, perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan monorel akan beroperasi seperti jadual sedia ada dengan masa menunggu antara 2.8 dan tujuh minit bergantung kepada waktu puncak.

“Penumpang diingatkan agar sentiasa patuh kepada arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengamalkan normal baharu ketika menggunakan pengangkutan awam.

“Kami menggalakkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini daripada media sosial kendalian Prasarana,” menurut kenyataan itu.

Prasarana turut menggalakkan pengguna Rapid KL menggunakan aplikasi PULSE untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan rel dan bas, yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple Store.

-sinarharian

, ,

About Author

Leave a Reply

//stawhoph.com/afu.php?zoneid=2458908