Itu bukan anak harimau bintang!

January 14, 2021 | News | No Comments

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor mengesahkan haiwan yang didakwa anak harimau bintang yang ditemui mati di sebuah kawasan di daerah ini, sebenarnya adalah kucing batu.

Pengarahnya, Haidar Khan Mokbolhasan berkata, haiwan itu adalah spesis hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya.

Katanya, penemuan itu susulan gambar yang tular di laman sosial Facebook dan pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau terjumpa haiwan itu menghubungi PERHILITAN dengan kadar segera.

“Malah kamai menasihatkan pengguna jalan raya mematuhi had laju ditetapkan dan prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” katanya.

Dalam pada itu, Haidar berkata, individu yang mahu memelihara haiwan itu perlu mempunyai permit khas.

Terdahulu, tular di FB status dan gambar berhubung penemuan bangkai haiwan terbabit di sebuah kawasan di Tanjong Karang.

Difahamkan, individu yang memuat naik gambar dan status memaklumkan haiwan berkenaan sudah mati semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah.

HM

,

About Author

Leave a Reply

//zuphaims.com/afu.php?zoneid=2458908