Taman awam di kawasan PKP ditutup

January 15, 2021 | News | No Comments

Taman awam di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditutup dan tiada sebarang aktiviti sukan atau riadah dibenarkan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat laporan berlaku kesesakan di taman awam dalam kawasan PKP.

“Saya ingin menegaskan bahawa taman awam dalam kawasan PKP adalah ditutup dan tidak dibenarkan sebarang aktiviti sukan atau riadah sepanjang tempoh pelaksanaan perintah itu.

“Jangan ada siapa yang melakukan riadah di taman awam kerana akan ada tindakan daripada pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, aktiviti riadah seperti joging dan berbasikal hanya boleh dilakukan di kawasan kejiranan sahaja.

Malah, katanya, ia terhad kepada dua orang satu rumah.

Semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan memaklumkan semua taman awam di bawah seliaan DBKL ditutup kepada orang ramai hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Tindakan itu susulan PKP yang bermula 13 Januari hingga 26 Januari ini.

HM

, ,

About Author

Leave a Reply

//zuphaims.com/afu.php?zoneid=2458908