Isu kartel daging, ramai lagi bakal ditahan SPRM

January 19, 2021 | News | No Comments

Putrajaya: Beberapa lagi individu bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kartel daging sejuk beku.

SPRM dalam kenyataannya berkata, sejak 4 Januari lalu sehingga semalam, pihaknya sudah menahan lapan suspek dan 27 saksi bagi siasatan kes itu.

Katanya, kesemua suspek yang ditahan itu membabitkan pekerja syarikat, ejen pengimport serta pegawai kerajaan.

“SPRM menyiasat kes berkenaan mengikut Akta SPRM 2009 yang menjurus kepada kesalahan menerima rasuah, mengemukakan tuntutan palsu serta kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen.

“Buat masa ini, SPRM masih aktif menjalankan siasatan dengan menganalisis maklumat, pengumpulan bukti-bukti serta akan membuat beberapa lagi tangkapan bagi melengkapkan siasatan,” katanya tadi.

SPRM berkata, tangkapan terbaharu dilakukan SPRM Johor semalam, susulan penahanan seorang pengarah syarikat berusia 36 tahun sebelum suspek direman enam hari bermula hari ini.

Sebelum ini media melaporkan taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//luvaihoo.com/afu.php?zoneid=2458908