Heroin, pil kuda bernilai RM278,000 dirampas

January 22, 2021 | News | No Comments

Seorang wanita bersama anaknya berusia lima tahun antara yang ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan heroin dan pil kuda bernilai RM278,00 hasil serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan di Kampung Slow Machang di sini.

Serbuan membabitkan kerjasama antara JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.

Keseluruhannya, polis melakukan tiga serbuan dengan jumlah rampasan RM290,000 membabitkan pil kuda, syabu dan heroin.

Ketua JSJN Kelantan Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar Ketua berkata, wanita berusia 35 tahun itu ditahan pada serbuan di kediamannya jam 10 malam yang mana ketika kejadian, dia berada di rumah bersama anaknya sahaja.

“Pemeriksaan di sebuah daripada bilik di kediaman itu menemui kotak mengandungi 120 botol heroin dan sembilan paket plastik berisi 1,800 pil kuda.

“Wanita terbabit tiada rekod lampau selain ujian air kencingnya negatif. Kami masih mengenal pasti pemilik dadah terbabit,” katanya pada sidang media di IPD Pasir Mas hari ini.

Sheik Azhar berkata, dua lagi serbuan pada hari sama membawa kepada penahanan dua lelaki, masing-masing berusia 29 dan 31 tahun, di dua lokasi berbeza di sekitar daerah ini.

“Kami menemui 1,000 pil kuda bernilai RM10,000 daripada suspek lelaki pertama manakala suspek kedua memiliki 5.19 gram syabu bernilai RM560.

“Kedua-dua suspek ini positif Methamphetamine selain mereka mempunyai rekod lampau membabitkan dadah,” katanya.

Ketiga-tiga suspek direman seminggu bermula hari ini sehingga 27 Januari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) dan 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

HM

, ,

About Author

Leave a Reply

//stawhoph.com/afu.php?zoneid=2458908