Polis tahan enam lelaki terbabit pergaduhan

January 22, 2021 | News | No Comments

Seorang lelaki cedera selepas dipercayai dipukul sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di sebuah stesen minyak di Batu 9 Cheras di sini, Pada 20 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis menerima panggilan kejadian daripada orang awam pada jam 4.50 pagi.

“Bertindak atas maklumat, kereta peronda polis dikejarkan ke lokasi kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan cedera.

“Mangsa kemudian dibawa ke hospital oleh ambulans. Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa dicederakan oleh beberapa lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, berikutan kejadian itu polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menjalankan siasatan lanjut.

Katanya, hasil siasatan dilakukan polis berjaya menahan enam lelaki di sekitar daerah ini beberapa jam kemudian.

“Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. Mangsa sedang menerima rawatan di hospital dan dilaporkan stabil,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730.

HM

, ,

About Author

Leave a Reply

//stawhoph.com/afu.php?zoneid=2458908