Ikan pari tangkapan nelayan rupanya

February 1, 2021 | News | No Comments

Jabatan Perikanan Selangor menjelaskan ratusan ikan pari terdampar di Pantai Sungai Kajang di sini, yang menjadi tanda tanya penduduk bukanlah fenomena luar biasa, sebaliknya ditangkap nelayan tradisi.

Pengarahnya Abdul Rahman Abdul Wahab berkata, nelayan di kawasan itu menggunakan pukat yang dipacak di dasar berlumpur di perairan pantai berkenaan untuk menangkap ikan berkenaan.

“Seperti yang tular di media sosial pada 29 Januari lalu, nelayan tradisi yang berpengkalan di Jeti Sungai Kajang, Tanjong Karang telah dilaporkan berjaya menangkap sekawan ikan pari menggunakan pukat yang dipacak pada dasar berlumpur di perairan pantai Sungai Kajang.

“Hasil tangkapan ikan pari itu dilaporkan 1,450 kilogram dengan anggaran nilai RM 17,520,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan nelayan supaya tidak menggunakan peralatan menangkap ikan yang tiada lesen atau ditangkap di zon konservasi iaitu di kawasan kurang daripada satu batu nautika dari pantai.

“Zon konservasi merupakan kawasan pembiakan anak-anak benih ikan. Ia merupakan ekosistem yang sensitif dan perlu dilindungi daripada aktiviti perikanan serta pembangunan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan gambar dan video tular ikan pari terdampar di pesisir pantai di sini yang menimbulkan tanda tanya penduduk kampung.

HM

,

About Author

Leave a Reply

//chooxaur.com/4/2458908