Jangan sebar tular SOP lebih ketat – KKM

February 1, 2021 | News | No Comments

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kandungan WhatsApp yang tular berhubung pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat mulai 4 Februari ini.

Dalam satu kenyataan, KKM menerusi Facebook rasminya memaklumkan kandungan yang sedang tular di aplikasi WhatsApp itu adalah tidak benar.

“Mohon untuk anda semua tidak menyebarkannya,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, tular di WhatsApp dan media sosial mendakwa kerajaan akan memperketatkan SOP selama tempoh enam bulan mulai 4 Februari ini selepa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dijangka berakhir.

Antaranya adalah pergerakan terhad 10 kilometer, sebuah kereta satu orang, tidak boleh merentas daerah atau negeri, tidak boleh keluar selepas 8 malam selain waktu operasi perniagaan dan pelanggan dihadkan serta larangan sambutan Tahun Baharu Cina.

Kandungan itu turut mendakwa bayaran RM110 akan dikenakan kepada pesakit yang dimasukkan ke hospital, pemakaian gelang elektronik pengasingan, kos pembasmian RM550, diskaun dan subsidi serta peperiksaan sekolah ditangguhkan.

HM

, ,

About Author

Leave a Reply

//soaheeme.net/4/2458908