Padah cabar lapor pada polis ingkar PKP

February 2, 2021 | News | No Comments

Tindakan seorang lelaki mencabar pengawal keselamatan untuk melaporkan tindakannya berkumpul dengan rakannya di kawasan kolam renang sebuah kondominium, di sini, kepada polis mengundang padah apabila dia ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang semalam, beberapa pengawal keselamatan menegur perbuatan lelaki berusia 41 tahun bersama dua lelaki lain berusia 20-an supaya beredar dari kolam renang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pihaknya menerima laporan dibuat salah seorang pengawal keselamatan berkenaan berhubung insiden itu pada 2.40 petang tadi.

TINDAKAN seorang lelaki yang mencabar pengawal keselamatan untuk melaporkan perbuatannya berada di kawasan kolam renang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada pihak polis. FOTO Ihsan PDRM
TINDAKAN seorang lelaki yang mencabar pengawal keselamatan untuk melaporkan perbuatannya berada di kawasan kolam renang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada pihak polis. FOTO Ihsan PDRM

“Berdasarkan maklumat, polis menahan lelaki terbabit bersama dua rakan lelakinya untuk siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

“Semakan mendapati lelaki berusia 41 tahun itu mempunyai rekod jenayah berkaitan kes komersil manakala dua lelaki lain tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya.

Terdahulu, video berhubung kejadian itu tular di aplikasi WhatsApp yang memaparkan kedegilan lelaki berkenaan bersama dua rakan lelakinya walaupun ditegur dengan baik.

Video berdurasi 44 saat memaparkan lelaki terbabit mencabar pengawal keselamatan itu melaporkan perbuatannya kepada pihak polis selain memaklumkan alamat rumah penginapan.

HM

,

About Author

Leave a Reply

//ashoupsu.com/4/2458908