Warga emas maut ditembak oleh seorang lelaki lain di kawasan hutan Nanga Ijit Julau dekat sini, pada petang Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Julau Ismuni Omar berkata, mangsa yang maut ditembak pada jarak sekitar 30 meter itu dikenali sebagai Junit Ganing, 64.

Menurutnya, suspek yang berusia 54 tahun itu dikatakan berburu di kawasan hutan berkenaan dengan membawa selaras senapang jenis bakakuk pada 2 petang.

“Ketika di lokasi kejadian, suspek mendakwa ternampak objek seakan-akan seekor haiwan sedang makan buah-buahan sebelum melepaskan tembakan secara rambang ke arah itu,” katanya.

Menurutnya, suspek dengan segera melakukan pemeriksaan dengan harapan ia adalah rezeki beliau semasa berburu.

Katanya, lelaki terkejutnya apabila objek yang disangkakan seekor haiwan sebenarnya adalah individu yang dikenalinya sendiri.

“Suspek kemudiannya memaklumkan kepada penduduk kampung mengenai insiden tembakan itu sebelum dibawa penduduk kampung menyerahkan diri ke Balai Polis Julau.

“Mayat warga emas itu diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu untuk tujuan pemeriksaan serta proses bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

“Saya menasihati orang awam terutama penduduk kampung atau rumah panjang yang keluar berburu di kawasan hutan agar sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tembakan rambang seperti itu berlaku kerana boleh membahayakan nyawa orang lain,” katanya.

HM

, , ,

About Author

Leave a Reply

//mauchopt.net/4/2458908