Kuala Lumpur: Polis menahan 10 individu termasuk tiga wanita yang dipercayai terbabit dengan sindiket pengumpulan kad ATM untuk dijadikan sebagai ‘keldai’ akaun dalam serbuan di tiga premis di sekitar Sentul, di sini, pada 22 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menjalankan serbuan di tiga premis berkenaan jam 4.30 petang.

“Hasil serbuan itu, kami menahan tujuh lelaki dan tiga wanita tempatan berusia antara 27 hingga 52 tahun dan merampas beberapa barangan termasuk 17 telefon bimbit, satu komputer riba, 16 kad ATM, 60 kad sim dan empat buku nota mengandungi butiran pelanggan.

“Siasatan awal dilakukan mendapati sindiket itu giat beroperasi sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu pada April2020,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Eng Lai berkata, sindiket itu mengiklankan tawaran di medial sosial seperti Facebook untuk menyewa kad ATM mangsa.

“Kad ATM milik mangsa kemudian akan disalurkan kepada sindiket untuk digunakan dan mengaut keuntungan.

“Sindiket pengumpulan kad ATM itu akan memperoleh komisyen sebanyak RM1,000 sehingga RM2,000 bagi setiap kad ATM yang diserahkan, manakala mangsa pula akan menerima komisen sebanyak RM300 hingga RM 500.

“Sindiket ini kemudian menyerahkan kad ATM kepada sindiket Macau Scam, tipu menyamar rakan dan juga tipu belian dalam talian,” katanya.

BARANGAN yang dirampas. FOTO ihsan polis
BARANGAN yang dirampas. FOTO ihsan polis

Beliau berkata, hasil tangkapan itu, pihaknya berjaya menyelesaikan kes penipuan membabitkan 10 kes di Lembah Klang dan 16 kes di negeri lain.

“Semua suspek berkenaan ditahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam sindiket penipuan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sindiket ini atau sebarang aktiviti yang mencurigakan boleh menghubungi Ibu

Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//cdrvrs.com/4/2458908