Black bongkar tempat sembunyi dadah

February 4, 2021 | News | No Comments

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, terdahulu, pihaknya menyerbu rumah terbabit pada 5.30 petang semalam dan menahan suspek yang berusia 40 tahun.

“Ketika ditahan, suspek sudah menyembunyikan sejumlah heroin dan pemeriksaan pada badannya hanya menemui 10 pil Erimin 5 seberai 2.85g.

“Anjing pengesan berjaya menemukan dadah yang disembunyikan di bawah kotak di pondok berhampiran,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman.

Shariman berkata, ujian air kencing suspek mendapati dia positif dadah jenis Methaphetamine dan lelaki itu turut mempunyai dua rekod lampau berkait dadah.

“Dia direman tujuh hari berakhir Selasa untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sembilan individu dikompaun dan seorang warga asing ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam operasi pemantauan pada 27 Januari hingga semalam.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//dooloust.net/4/2458908