Masih ada berdegil rentas daerah, negeri

February 4, 2021 | News | No Comments

Walaupun kerajaan melarang pergerakan merentas negeri dan daerah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masih ada berdegil apabila melakukannya tanpa mempunyai surat kebenaran daripada polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, ada memberi alasan ingin melawat saudara, rakan dan berjalan menyebabkan mereka bertindak merentas negeri dan daerah.

Menurutnya, mereka antara 200 kompaun atas kesalahan ingkar arahan PKP yang dikeluarkan di daerah ini bermula 13 Januari hingga selasa.

“Selain itu, ada dikompaun kerana kapasiti kenderaan melebihi daripada jumlah dibenarkan.

“Bagaimanapun kadar kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) di daerah ini berbanding PKP pertama dahulu jauh berbeza kerana mungkin masyarakat sudah faham apabila kes kesalahan berkurangan.

“Kalau PKP Mac tahun lalu 300 ke 400 kes sehari, namun kali ini berkurang kepada 20 kes sahaja sehari,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima pek makanan daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

Mohamad Zainal berkata, malah peratusan kadar kepatuhan di daerah ini agak tinggi iaitu 95 peratus dan pihaknya mendapati tiada premis hiburan beroperasi ketika PKP ini.

“Sebanyak 31 pasukan ditugaskan menjalankan pemantauan di kawasan tumpuan bagi memastikan mereka mematuhi SOP.

“Setakat ini, kami menerima 4,200 permohonan rentas negeri/daerah dan kebanyakannya diluluskan kerana mempunyai alasan kukuh,” katanya.

HM

,

About Author

Leave a Reply

//soaheeme.net/4/2458908