Polis menafikan mesej tular menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mula menggempur kawasan kampung negeri itu yang didakwa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 rendah.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mesej tersebut bukan dari PDRM tetapi disebarkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

“Notis yang tular itu bukan daripada PDRM dan ia adalah tidak benar.

“Apa yang pasti, polis Johor akan menggempur semua kawasan tidak kira kampung, kilang-kilang serta penempatan warga asing atau bandar terutama zon merah.

“Kita juga akan tumpu semua kawasan bagi memastikan pematuhan SOP yang lebih ketat dalam menurunkan jumlah jangkitan wabak Covid-19 di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Pusat Media IPK Johor di sini, semalam.

Dalam notis yang tular di media sosial sejak kelmarin antara lain mendakwa isu tidak patuh SOP sehingga membawa kepada penularan Covid-19 didapati banyak berlaku di kampung dengan hampir kesemua kes pssitif yang meningkat sekarang ini adalah berpunca di kampung.

Oleh itu, polis dan tentera akan mengubah trend rondaan mereka Ke kawasan Kampung serta taman perumahan.

Mana-mana orang yang tidak memakai pelitup muka, berkumpul beramai-ramai di kawasan kampung, kedai runcit dan tidak patuh SOP, semuanya akan dikompaun.

Tiada lagi amaran. Tiada lagi belas ehsan. Kompaun pada semua yang tidak patuh SOP.

Sementara itu, Ayob Khan berkata, orang ramai diminta menyalurkan maklumat jika mendapati ketidakpatuhan SOP Covid-19 di mana jua di negeri itu.

“Seperti di Kota Tinggi semalam, orang ramai menyalurkan maklumat terdapat 15 warga asing memakai gelang putih yang didapati membeli barang keperluan.

“Polis segera ke lokasi bagi mengambil tindakan sewajarnya. Kita perlukan bantuan orang ramai berkongsi maklumat jika nampak ada yang tidak patuh SOP ditetapkan,” katanya.

HM

, ,

About Author

Leave a Reply

//dacmaiss.com/4/2458908