Sengaja cari susah…

February 4, 2021 | News | No Comments

Petaling Jaya: Degil dan enggan patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Itu tindakan 13 pelanggan sebuah pusat hiburan yang dikenakan kompaun RM1,000 kerana berkumpul sambil meminum arak di Sea Park, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya membuat serbuan di lokasi berkenaan jam 7.25 petang semalam.

“Dalam serbuan itu, kami mendapati terdapat 13 pelanggan berusia antara 38 hingga 55 tahun dalam keadaan berkumpul dan minum minuman keras di dalam premis berkenaan.

“Pemilik premis membabitkan wanita berusia 55 tahun gagal menunjukkan sebarang lesen sah menjual minuman keras,” katanya tadi.

Nik Ezanee berkata, pihaknya turut merampas tujuh botol minuman keras dalam serbuan itu.

“Semua pelanggan serta pemilik premis berkenaan turut dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP ditetapkan.

“Tindakan itu diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Kawalan Pergerakan) 2021,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 76 Akta Eksais 1976.

“Kami memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi arahan PKP 2.0. Kegagalan mematuhi arahan ini membolehkan orang ramai dikenakan kompaun RM1,000 atau ditahan dan didakwa di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//mauchopt.net/4/2458908