Sedia 1,600 tablet, bantuan kad tambah nilai RM100

February 5, 2021 | News | No Comments

Kerajaan negeri mengumumkan pemberian 1,600 tablet dan kad tambah nilai berjumlah RM100 kepada pelajar miskin di Terengganu.

Tablet dan kad tambah nilai itu antara insentif diumumkan kerajaan negeri bagi membantu rakyat terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan kad tambah nilai itu akan diberikan kepada semua pelajar yang keluarga mereka berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan.

Beliau berkata, jumlah pelajar menerima kemudahan itu dibuat berdasarkan kepada penerima bantuan persekolahan.

“Kerajaan melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bersetuju memberi bantuan 1,600 tablet kepada pelajar bagi memudahkan mereka mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Tablet untuk pelajar miskin itu akan disalurkan GLC,” katanya ketika mengumumkan insentif Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT PKP 2.0) dengan kos keseluruhan berjumlah 2021 RM19 juta, melalui Facebook (FB), semalam.

Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri turut meluluskan insentif tunai berjumlah RM100 membabitkan peruntukan keseluruhan RM4.8 juta kepada 48,000 golongan terjejas pekerjaan di sektor tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP 2.0.

Katanya, antara golongan terkesan dan tidak dapat beroperasi adalah tukang gunting rambut dan pekerja kedai cucian kenderaan.

“Penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), terutama golongan asnaf berjumlah 81,000 orang akan menerima insentif bakul makanan.

“Kerajaan negeri turut bersimpati dengan nasib pengusaha perhotelan berikutan ketiadaan pelancong ke negeri ini dan kita meluluskan pengecualian cukai taksiran bagi tahun 2020 terutama yang menjadi ahli Persatuan Hotel Malaysia (MAH),” katanya.

Ahmad Samsuri turut mengumumkan insentif kuliah melalui dalam talian kepada pendakwah yang terjejas dan tiada pendapatan tetap.

HM

, ,

About Author

Leave a Reply

//cdrvrs.com/4/2458908