Anggota bomba daki 300 meter padam kebakaran hutan

February 8, 2021 | News | No Comments

Georgetown: Kawasan hutan seluar kira-kira 0.80 hektar berhampiran tokong Kek Lok Si, Jalan Bukit Bendera, Ayer Itam, di sini, terbakar, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kecemasan pada 3.38 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terdekat.

“Kerja memadamkan api di hutan terbabit agak sukar berikutan tiada akses atau laluan ke lokasi.

“Pasukan bomba terpaksa melakukan pendakian lebih 300 meter ke lokasi bersama peralatan khas bagi memadamkan api. Didapati kebakaran membabitkan pokok dan daun kering,” katanya.

Katanya, api berjaya dikawal pada 4.31 petang dan pemantauan masih dilakukan bagi mengelak kejadian berulang.

hmetro

,

About Author

Leave a Reply

//dooloust.net/4/2458908