KES buli di jalan raya tidak pernah kehabisan, semakin hari kian menjadi-jadi sehingga mengundang pergaduhan serta kematian.

Golongan tidak bertanggungjawab itu sering menimbulkan masalah kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain.Iklan

Masalah ini berlaku kerana sikap masing-masing yang seakan-akan tidak pandai bersabar.

Sikap seperti ini sepatutnya tidak ada dalam diri masyarakat yang bertamadun bahkan kita seharusnya menghormati hak di antara satu sama lain kerana jalan raya dikongsi bersama.

Selain daripada menjadi punca kesesakan lalu lintas, masalah ini juga boleh membawa kepada kemudaratan lain seperti kerosakan harta benda.

Kes buli ini juga sering kali dikaitkan dengan wanita sebagai mangsa.Iklan

Sebagai seorang pemandu, kaum wanita harus lebih hati-hati dalam segala aspek keselamatan lebih-lebih lagi jika memandu bersendirian.

Perlu juga difahami bahawa sikap sesetengah pemandu di Malaysia yang sangat tipikal dan mementingkan diri sendiri.

Berhadapan pembuli jalan raya, ini apa yang anda perlu lakukan

Dengan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan garis panduan mengenai apa tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan dengan pembuli jalan raya.

1. Beri ruang atau jalan kepada pemandu kenderaan tersebut sekiranya ingin memotong kenderaan korang.

2. Jaga emosi dan elakkan daripada membalas pandangan mata atau melakukan pergerakan tangan tidak elok.

3. Jaga jarak kenderaan dan jangan mengekori kenderaan tersebut dengan jarak yang berdekatan.

4. Buat laporan polis dengan membawa bukti seperti rakaman dash cam (rakaman video berkenaan).

-sinarplus

,

About Author

Leave a Reply

//oackoubs.com/4/2458908