11 remaja sengaja cari pasal

February 9, 2021 | News | No Comments

Sipitang: Sekumpulan 11 remaja ditahan bukan sahaja ingkar syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malah turut terbabit dengan aktiviti lumba haram Jalan Pan Borneo Merintaman di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, semua remaja berusia 18 hingga 20 tahun itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan dan Op Motosikal yang dijalankan kira-kira 4.30 petang.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sipitang dan dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar Akta 342 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LLDKJ) (No 8) 2020.

“Mereka turut disiasat berkaitan kesalahan trafik mengikut Kaedah-Kaedah Lalulintas dan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, polis turut merampas semua motosikal untuk siasatan selanjutnya manakala seorang lagi remaja yang melakukan aksi bahaya turut disiasat mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987.

“Polis menasihatkan masyarakat terutamanya remaja di daerah ini supaya tidak keluar berkumpul dan terbabit dalam aktiviti lumba haram.

“Polis tidak akan bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas termasuk menahan mereka yang melakukan kesalahan undang-undang,” katanya.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//oackoubs.com/4/2458908