Ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang meninggal dunia dipercayai didera di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya, di sini, pada 29 Januari lalu akan didakwa di mahkamah, hari ini.

Kedua-dua suspek itu dijangka berhadapan dua pertuduhan kerana mendera dan membunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, polis sudah melengkapkan kertas siasatan terhadap kedua-dua suspek dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya semalam bagi tindakan lanjut.

“Kedua-dua suspek akan dituduh di mahkamah, esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada 29 Januari lalu, seorang kanak-kanak lelaki ditemui maut dalam sebuah tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, di sini dengan kesan cedera dan lebam di beberapa anggota badan.

Mangsa berusia tujuh tahun itu dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya.

Susulan itu, pasangan suami isteri berusia 38 dan 32 tahun itu yang disyaki mendera dan membunuh kanak-kanak itu direman tujuh hari sehingga 5 Februari lalu sebelum disambung seminggu lagi bagi membantu siasatan.

HM

, , ,

About Author

Leave a Reply

//dacmaiss.com/4/2458908