Tak bagi muka, rampas terus lori

February 10, 2021 | News | No Comments

Selayang: Rampas dan sita lori. Itu tindakan keras diambil Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terhadap lima lori yang dikesan menjalankan aktiviti pembuangan sampah di tapak pelupusan sampah haram di daerah ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata, tindakan diambil selepas pihaknya mengesan sebuah lori membawa sisa binaan dan sampah pada Khamis lalu.

Menurutnya, pemandu lori didapati sedang menuju ke tapak pembuangan sampah haram di lokasi berhampiran i Kampung Sungai Chincin di sini.

“Sebuah lagi lori yang disita didapati membawa muatan sisa binaan dan sampah di atas sebuah tanah lot di Kampung Sungai Chinchin di sini,” katanya tadi.

Menurutnya, pemandu lori itu memberi alasan bahawa muatan yang dibuang itu adalah untuk tujuan penambakan tanah di lokasi berkenaan.

Shamsul berkata, sitaan seterusnya dilakukan selepas anggota penguatkuasa mengekori sebuah lori tanah yang membawa muatan sisa binaan dan sampah di lokasi pembuangan Kampung Sungai Pusu di sini.

“Satu lagi sitaan lori dilakukan di tapak pelupusan sampah Kampung Sungai Pusu manakala sebuah lagi lori ditahan di kawasan berdekatan hutan di sebuah apartmen di Bandar Country Homes, Rawang, semalam.

“Tindakan sita dan kompaun sebanyak RM1,000 dilakukan terhadap semua pemandu lori berkenaan. Semua lori yang disita dibawa ke depoh tahanan MPS di Rawang.

Beliau berkata, kenderaan itu akan disimpan selama 30 hari sebelum tuntutan semula dibenarkan.

“Semua tindakan yang diambil mengikut Seksyen 4 (Kompaun) dan Seksyen 21 (Sitaan) di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPS) 2007.

“MPS ingin memberi amaran bahawa tindakan tegas di bawah undang-undang akan diambil kepada pihak yang terbabit dengan aktiviti pembuangan sampah haram.

“Orang ramai di daerah ini juga diminta untuk melaporkan sebarang aktiviti pembuangan sampah haram di kawasan masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//dooloust.net/4/2458908