Tiada aktiviti waktu malam jadi alasan

February 10, 2021 | News | No Comments

Kulim: Tindakan 25 lelaki asyik berjudi bawah khemah di kebun kelapa sawit di belakang Taman Bestari, di sini mengundang padah apabila mereka ditahan polis, malam tadi.

Mereka terdiri daripada 24 lelaki tempatan berusia 28 hingga 58 tahun termasuk penganjur manakala seorang lagi warga Sri Langka dan memiliki kad pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).

Selain itu, mereka turut ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana berkumpul di kawasan itu.

Mereka memberi alasan tiada aktiviti waktu malam sepanjang PKP ini menyebabkan mereka menjadikan aktiviti judi sebagai mengisi masa lapang pada waktu malam dan berkumpul dengan rakan-rakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad berkata, serbuan dilakukan anggota Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah pada 11 malam.

Beliau berkata, pemain dipercayai mula masuk ke dalam kawasan kebun sawit seawal 7 malam hingga lewat tengah malam dan menjadikan pondok kayu di tengah kebun itu untuk berjudi.

“Aktiviti judi ini dipercayai berjalan hampir satu minggu.

“Serbuan dilakukan berdasarkan maklumat awam dan ketika serbuan dilakukan, mereka asyik bermain judi tanpa menyedari kehadiran polis,” katanya.

Sapii berkata, wang tunai RM23,608 turut dirampas selain 52 keping daun pakau, kanvas dan lampu pengecas semula.

Beliau berkata, suspek dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//dacmaiss.com/4/2458908