‘Wan Bangau’, 3 konco edar syabu ditahan

February 10, 2021 | News | No Comments

Empat lelaki ditahan selepas disyaki mengedar dadah jenis syabu dalam dua serbuan berasingan di Taman Dato Harun di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya melakukan serbuan di sebuah rumah di Taman Dato Harun di sini, pada 2.45 petang.

“Dalam serbuan itu, kami menahan tiga lelaki berusia antara 39 hingga 46 tahun yang disyaki terbabit dengan kegiatan dadah.

“Pemeriksaan di dalam rumah itu membawa kepada rampasan 88 paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu seberat 71 gram dianggarkan bernilai RM7,100 yang ditemui di atas katil suspek.

“Kami turut merampas enam peket plastik lut sinar kosong serta satu alat penimbang digital dalam serbuan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, pihaknya menahan seorang lagi lelaki dikenali sebagai ‘Wan Bangau’ berusia 34 tahun di sebuah rumah di Taman Dato Harun pada 5.30 petang hari yang sama.

“Hasil pemeriksaan badan dilakukan terhadap suspek menemui lima paket plastik lut sinar disyaki dadah jenis syabu seberat 5.1 gram.

“Siasatan awal mendapati tiga suspek dalam serbuan pertama mula terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah sejak dua bulan lalu dengan memperoleh bekalan dadah daripada dua lelaki dikenali sebagai ‘Boy’ dan ‘Wan Bangau’ yang aktif di sekitar daerah ini serta Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati empat suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah serta dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan mendapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Tiga suspek yang ditahan dalam serbuan pertama direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seorang lagi suspek direman selama tiga hari mengikut Seksyen 39A(1) akta sama,” katanya.

HM

, ,

About Author

Leave a Reply

//chooxaur.com/4/2458908