GARA-GARA sebuah rakaman video memaparkan sekumpulan pekerja syarikat kurier bertindak membaling barangan di sebuah gudang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, akhirnya sudah tiba masanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk bertindak.

Mereka memandang serius insiden sekumpulan pekerja sebuah syarikat kurier membaling bungkusan pelanggan yang tular baru-baru ini.Iklan

Oleh itu, MCMC dalam kenyataan telah mengarahkan syarikat kurier berkenaan untuk memberi penjelasan berikutan kes tular tersebut.

Pada masa yang sama, MCMC turut memberi amaran keras kepada pengurusan syarikat kurier terbabit supaya mengambil langkah perlu bagi memperbaiki tatacara pengendalian bungkusan pelanggan mereka.Iklan

[VIDEO]7 pekerja J&T Perak akhirnya mohon maaf, mogok baling barang pelanggan

MCMC juga menyeru agar pihak pengguna memahami dan mengetahui hak mereka sebelum memilih perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat penghantaran.

Antara dua langkah mudah yang boleh dibuat oleh pengguna sekiranya berhadapan dengan masalah kehilangan barang atau ingin membuat aduan adalah seperti berikut:

  • Segera hubungi penyedia perkhidmatan untuk membuat sebarang aduan dan tuntutan sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan barangan semasa dalam tempoh penghantaran.
  • Sekiranya pengguna tidak berpuas hati dengan resolusi yang ditawarkan, permohonan rayuan boleh dikemukakan kepada pihak MCMC di https://aduan.skmm.gov.my/ berserta maklumat lengkap supaya siasatan dan tindakan susulan boleh diambil.

“MCMC juga ingin mengingatkan kepada semua syarikat kurier yang berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012 agar sentiasa mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan terutama dalam melindungi hak pengguna bagi memastikan tindakan penguatkuasaan tidak diambil ke atas syarikat mereka.

“Sekiranya pemegang lesen didapati ingkar dan melanggar mana-mana perundangan subsidiari di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012, mereka boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM300,000 atau tempoh penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali,” tambah kenyataan itu.

-sinarplus

, , ,

About Author

Leave a Reply

//thaudray.com/4/2458908