Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) perlu menyekat laman web serta aplikasi ‘Sugarbook’ yang disifatkan mempromosi budaya pelacuran siber dalam kalangan wanita muda negara ini.

Gesaan itu dibuat Wanita UMNO Batu Pahat yang menyifatkan pendedahan aplikasi berkenaan kononnya terdapat hampir 300,000 ‘sugar baby’ di Malaysia, kebanyakannya dalam kalangan pelajar universiti berusia 20-an adalah membimbangkan dan perlu ditangani segera.

Ketua Wanita UMNO Batu Pahat, Datin Hajar Abdul Rahman berkata, data kaji selidik yang didedahkan aplikasi itu juga diragui namun persoalan pokoknya platform Sugarbook benar-benar wujud dan jelas menggalakkan perbuatan rendah moral yang boleh memecah-belahkan institusi kekeluargaan dan menjadi penyumbang kehancuran sesebuah negara.

“Laporan peningkatan 40 peratus pelajar mendaftar untuk menjadi sugar baby sejak Januari lalu, kononnya atas alasan krisis kewangan yang dialami sangat membimbangkan walaupun data kaji selidik aplikasi hanya sekadar kajian peribadi dan tidak menyeluruh.

“Mahasiswa adalah aset dan masa depan negara, kami mendesak Sugarbook diharamkan serta mengecam apa jua aplikasi atau laman sesawang temu janji yang berunsur maksiat daripada terus beroperasi di Malaysia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pendedahan laman sesawang temujanji popular itu menunjukkan hampir 300,000 sugar baby di Malaysia, kebanyakannya pelajar universiti dalam lingkungan usia 20-an.

Kelmarin aplikasi temujanji ‘sugar daddy’ terbesar Asia, Sugarbook mendedahkan lebih 400,000 keahlian; 220,000 daripadanya sugar baby, 180,000 sugar daddy dan 6,000 ‘sugar mummy’ di Malaysia.

Aplikasi berkenaan menyatakan hampir kesemua ‘sugar baby’ dari Malaysia terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) terkenal sekitar Lembah Klang.

Antara alasan mahasiswa menjadi sugar baby ialah hutang pinjaman pelajaran, kos sara hidup tinggi, kenaikan yuran tuisyen dan peluang rangkaian antara sebab mereka mencari sugar daddy.

HM

,

About Author

Leave a Reply

//nessainy.net/4/2458908