Kuala Lumpur: Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun menjadi mangsa terbaharu yang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kanak-kanak berasal dari Sabah itu antara tujuh kematian yang dilaporkan, hari ini, dan pesakit ke-232,885 terbabit juga dikenal pasti menghidap penyakit medulloblastoma.

Menurutnya, pesakit itu meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak- Kanak, Likas, Sabah.

“Enam lagi kematian membabitkan tiga lelaki dan tiga wanita berusia 52 hingga 83 tahun berasal dari Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor.

“Pesakit lelaki berusia 63 tahun meninggal dunia di Hospital Sibu menghidap penyakit darah tinggi dan dislipidemia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, wanita berusia 52 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik dan gout turut meninggal dunia di Hospital Sibu.

“Wanita warga emas berusia 73 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung pula meninggal dunia di Hospital Sibu.

“Lelaki berusia 62 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang manakala wanita warga emas berusia 83 tahun dan mempunyai penyakit mata kronik meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Menurutnya, kematian ketujuh adalah lelaki berusia 60 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik yang meninggal dunia di Hospital Serdang.

-hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//dopansearor.com/4/2458908