Kanak-kanak lemas mandi sungai

February 16, 2021 | News | No Comments

Kegembiraan lima sekeluarga mandi sungai di belakang rumah mereka di Kampung Pendek, di sini, berakhir tragedi apabila seorang kanak-kanak perempuan lemas.

Mangsa, Aina Maisarah Hashim, 12, ditemukan pada 7.25 malam oleh penduduk kampung yang menyelam mencarinya sebelum ditemui di dasar sungai beberapa minit selepas dia lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tunjong Pegawai Bomba Kanan I Zainal Fitri Husain berkata, pihaknya menerima panggilan 7.20 malam mengenai kejadian lemas di sebuah sungai di Kampung Pendek.

Beliau berkata, seramai enam anggota bergegas ke lokasi dan sebaik tiba pada 7.30 malam, pihaknya mendapati mangsa sudah ditemui.

“Pemancing yang menyelam mencari mangsa menemui jasadnya di dasar sungai sedalam hampir empat meter.

“Anggota kami cuba melakukan bantuan kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) namun mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

HM

,

About Author

Leave a Reply

//chooxaur.com/4/2458908