Remaja perempuan antara ditahan berjudi

February 16, 2021 | News | No Comments

Sitiawan: Remaja perempuan berusia 18 tahun antara 14 individu ditahan kerana berjudi di sebuah rumah, di sini, semalam.

Mereka ditahan hasil serbuan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dalam Ops Limau / Ops Dadu pada 1.35 pagi.

Ketika ditahan mereka leka bermain judi Gin Rummy dan Ngau di rumah berkenaan yang juga milik seorang daripada individu yang ditahan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, penahanan membabitkan sembilan lelaki dan lima wanita berusia antara 18 hingga 28 tahun.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM5,926, dua dadu, 112 batu domino dan 52 keping kad daun terup selain sebuah meja serta empat kerusi.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, IPD Manjung dalam kenyataan di Facebook rasminya berkata, polis turut mengeluarkan kompaun terhadap semua individu terbabit kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//ugroocuw.net/4/2458908