KUALA LUMPUR – Seorang peniaga membuat laporan polis selepas mendapati akaun WhatsApp miliknya digunakan oleh individu lain untuk meminjam wang daripada rakan-rakannya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kejadian disedari mangsa selepas dia gagal mengakses akaun WhatsApp miliknya.

Menurutnya, mangsa berusia 59 tahun itu kemudian telah melakukan nyahpasang dan memuat turun semula apalikasi berkenaan tidak berhasil kerana dia tidak menerima kod WhatsApp.

“Selepas itu, mangsa telah menerima panggilan telefon daripada seorang rakan wanitanya yang memberitahu mangsa ada menghubunginya untuk meminjam wang.

“Mangsa menafikannya dan mengesyaki ada individu lain yang telah menggunakan identitinya untuk membuat pinjaman wang. Hasil semakan mendapati lebih 20 kenalan mangsa telah dihubungi oleh individu tersebut untuk meminjam wang,” katanya.

Eng Lai berkata, sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2020, pihaknya menerima 193 laporan melibatkan penipuan menggunakan aplikasi WhatsApp dengan kerugian lebih RM6 juta.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan panggilan dan WhatsApp yang diterima dengan membuat penilaian dan semakan terlebih dahulu agar tidak menjadi mangsa penipuan.

“Sebagai langkah pencegahan, mereka boleh membuat semakan dengan melayari laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM di https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ bagi menyemak akaun yang terlibat dalam sebarang kes penipuan,” katanya.

-sinarharian

, , ,

About Author

Leave a Reply

//oackoubs.com/4/2458908