Kerajaan membenarkan jumlah penumpang berdasarkan kapasiti kenderaan dinaiki, mulai harini.

Selain itu, kerajaan membenarkan pelanggan untuk menikmati hidangan di restoran mengikut saiz atau kapasiti meja makan dengan syarat ada penjarakan fizikal 1 meter.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran itu untuk semua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

“Kita mendengar pandangan dan rayuan ramai supaya membenarkan jumlah penumpang mengikut tempat duduk kenderaan, maka mesyuarat teknikal hari ini bersetuju membenarkannya.

“Jumlah penumpang mengikut kapasiti kenderaan itu dibenarkan di semua kawasan termasuk di PKP,” katanya pada sidang media, semalam.

Ismail Sabri berkata, sebelum ini, makan di kedai kawasan PKP hanya dua orang satu meja dibenarkan manakala PKPB dan PKPP mengikut kapasiti meja makan.

Menurutnya, mesyuarat hari ini bersetuju semua kawasan dibenarkan makan di kedai berdasarkan keluasan meja makan mulai esok.

Bagaimanapun, katanya, ia mestilah mempunyai penjarakan fizikal satu meter antara pelanggan dan meja.

HM

, , , ,

About Author

Leave a Reply

//zikroarg.com/4/2458908