Tindakan seorang wanita mahu merentas daerah dengan menyembunyikan anak tirinya di dalam but kereta bagi mengelak disoal polis gagal selepas ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 2.4 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) di sini, Rabu lalu.

Wanita berusia 35 tahun yang memandu kereta Proton Waja melalui SJR berkenaan kira-kira 5 petang dan memberitahu polis yang bertugas mahu ke sebuah pasar raya di Seberang Jaya untuk membeli pakaian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, ketika itu terdapat juga seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang berada di tempat duduk hadapan penumpang.

“Anggota polis kemudian meminta wanita itu mengalihkan kenderaannya di bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut apabila curiga dengan keadaan kereta yang abnormally-lowered (terlalu rendah).

“Hasil pemeriksaan mendapati ada remaja lelaki berusia 14 tahun yang juga anak tiri wanita itu berada dalam but kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Shafee berkata, polis mengeluarkan kompaun RM1,000 ke atas wanita itu kerana gagal mengemukakan permit pergerakan merentas daerah sebelum diarahkan untuk berpatah balik.

Terdahulu, tular di media sosial hari ini apabila beberapa gambar seorang lelaki yang dipercayai bersembunyi di dalam but kereta untuk merentas daerah.

HM

, ,

About Author

Leave a Reply

//nessainy.net/4/2458908