Siapa menyamar jadi Datuk Bandar Melaka ?

February 19, 2021 | News | No Comments

 Majlis Bandaraya Bersejarah (MBMB) meminta orang ramai tidak terpedaya dengan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai Datuk Bandar menerusi aplikasi WhatsApp.

Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu dalam kenyataannya melahirkan rasa kesal apabila gambarnya dimanipulasi sebagai gambar profil oleh pemilik telefon tidak bertanggungjawab.

Beliau turut menafikan nombor telefon tersebar itu adalah miliknya.

“Saya ingin menarik perhatian terhadap kecenderungan pihak tertentu yang mengeluarkan maklumat dan berita-berita palsu dengan menggunakan teknik licik untuk memperdaya orang ramai melalui applikasi WhatsApp’.

“Terkini, saya dikejutkan dengan penularan gambar saya di aplikasi whatsApp dengan menggunakan no telefon 011-18989012 yang meletakkan gambar saya sebagai gambar profil,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menafikan perkara itu dan akan membuat laporan polis.

Beliau menasihati orang awam ataupun kenalannya membuat laporan polis sekiranya menerima mesej dari nombor telefon berkenaan.

HM

, ,

About Author

Leave a Reply

//ugroocuw.net/4/2458908