Syabu dalam botol susu bayi

February 19, 2021 | News | No Comments

Taktik seorang pengamal perubatan tradisional menyembunyikan dadah dalam botol susu bayi tidak berhasil apabila ditahan polis di bilik penginapannya di Jalan Pantai Chenang di sini, Selesa.

Lelaki berusia 36 tahun dari Bayan Lepas, Pulau Pinang itu ditahan polis menerusi Op Tapis pada 12.30 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, polis merampas dadah syabu seberat 10.2 gram yang disembunyikan suspek dalam botol susu itu.

“Selain dadah dalam botol susu bayi itu, polis turut merampas masing-masing satu paket plastik lutsinar mengandungi dadah syabu seberat 1.1 gram dan ganja 3.5 gram di atas meja solek.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman.

Shariman berkata, semakan mendapati suspek memiliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan satu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Suspek direman bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 39(1)(a) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, beliau berkata, seorang nelayan dan mekanik kereta masing-masing ditahan pada 4 dan 5.30 petang hari sama dan merampas dadah heroin 158.5 gram dan syabu 8.1 gram.

“Nelayan dan mekanik kereta masing-masing berusia 45 dan 37 tahun itu ditahan reman dan disiasat bawah Seksyen 39B dan Seksyen (12) ADB 1952.

“Siasatan awal mendapati kesemua dadah yang dirampas itu bernilai RM7.665 dan dibawa masuk ke Langkawi dari tanah besar dalam jumlah kecil,” katanya.

HM

,

About Author

Leave a Reply

//cdrvrs.com/4/2458908