KPDNHEP terima 794 aduan penipuan dalam talian

February 22, 2021 | News, Tech | No Comments

HULU TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima sebanyak 2,096 laporan melibatkan pelbagai isu kepenggunaan sepanjang Januari lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, daripada jumlah itu transaksi dalam talian merekodkan aduan paling tinggi iaitu sebanyak 794 laporan melibatkan urus niaga melalui media sosial, market place dan laman web.

“Bagi urus niaga di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram, kita terima sebanyak 308 aduan, market place 145 aduan manakala penyedia khidmat penghantaran123 aduan.

“Antara aduan itu adalah pelanggan tidak menerima barang atau perkhidmatan yang ditawarkan, menerima barang berbeza daripada apa yang diiklankan dan pembeli tuntut bayaran semula kerana tidak puas hati dengan barang dan servis diberi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Penyampaian Bantuan Khas Barangan Makanan Khas kepada penduduk terjejas Covid-19 di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Kuala Berang pada Ahad.

-sinarharian

, ,

About Author

Leave a Reply

//zikroarg.com/4/2458908