Mayat reput ditemui dalam tong air

February 22, 2021 | News, Viral | No Comments

SIMPANG AMPAT – Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan dalam sebuah tong air di ladang kelapa sawit di Tiga Kongsi Simpang Ampat, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, mayat yang sudah mereput itu ditemui pemilik kebun terbabit kira-kira jam 10.40 pagi dalam tong air bersaiz kira-kira 150 liter.

Menurutnya, pemilik kebun itu memaklumkan dia dihubungi pekerjanya memaklumkan mengenai penemuan itu ketika melakukan kerja pemotongan sawit sebelum terlihat satu tong berwarna biru dan berbau busuk.

“Curiga dengan penemuan itu, pemilik kebun menghubungi polis bagi melaporkan penemuan terbabit.

“Pemeriksaan polis mendapati tiada sebarang pengenalan diri bersama mayat lelaki berusia lingkungan 40-an itu yang dipercayai warga asing dan telah meninggal dunia kira-kira sebulan, keadaan mayat telah mengecut serta mengering,” katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Chong Chern berkata, pemeriksaan awal pada mayat lelaki yang memakai seluar pendek dan berbaju t-shirt itu mendapati tiada sebarang kesan kecederaan selain pengesanan di sekeliling kawasan kejadian juga tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Katanya, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung orang hilang dan meminta kerjasama orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, pekerja atau rakan agar tampil membuat pengesanan.

“Buat masa ini kita klasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan akan menukarnya kepada bunuh jika keputusan bedah siasat mendapati mangsa mati disebabkan unsur jenayah.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat,” katanya.

-sinarharian

, , ,

About Author

Leave a Reply

//stawhoph.com/afu.php?zoneid=2458908