SHAH ALAM – Seramai 110,000 pemandu teksi dan kereta sewa sepenuh masa akan menerima bantuan tunai melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) melibatkan jumlah keseluruhan RM55 juta.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara ‘one-off’ sebanyak RM500 melalui pakej berkenaan bagi meringankan beban pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan ehailing.

“Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran pertama telah dibuat mulai 22 Februari 2021 (Isnin). Seramai 20,000 pemandu teksi dan kereta sewa menerima bantuan tersebut yang telah dikreditkan ke dalam akaun pemandu-pemandu yang terlibat, manakala baki seramai 15,000 lagi akan menerima bantuan tersebut secara berperingkat selewat-lewatnya pada 15 Mac 2021.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan berharap bantuan itu akan membantu golongan tersebut sementara Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan.

“PICK tentunya melambangkan titik permulaan bagi pemulihan sektor pelancongan dan sektor-sektor lain yang amat terkesan oleh pandemik Covid-19,” ujarnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperkenalkan pelbagai dasar dan inisiatif termasuk bantuan Permai bagi memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Menurutnya, kerajaan prihatin dan sentiasa mendengar pandangan serta keluhan mereka yang terkesan akibat pandemik ini, malah kerajaan akan terus menggiatkan usaha untuk mengimbangi antara aspek kelangsungan hidup dan ekonomi negara.

-sinarharian

, ,

About Author

Leave a Reply

//dacmaiss.com/4/2458908