‘Itali aku datang’

February 23, 2021 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Sanggup menolak tawaran pasukan tempatan demi mengejar impian beraksi di bumi Eropah.


Demikian tekad bekas pelatih skuad kebangsaan, Arif Sabron yang terpaksa menolak tawaran Sabah untuk beraksi di Liga Hoki Malaysia (MHL) bermula 11 Mac depan, sebaliknya dia akan terbang ke Itali bagi menyertai kelab Butterfly Roma HCC beraksi di liga utama di sana.

Jelas Arif, dia sememangnya sudah memikirkan semasak-masaknya keputusan itu kerana tidak mahu melepaskan peluang terhidang beraksi di luar negara.

“Saya fikir susah untuk dapat peluang seperti ini. Sebab itu saya ambil keputusan untuk memilih beraksi dengan Butterfly Roma.

“Apapun saya berterima kasih kepada pasukan Sabah yang menawarkan saya beraksi dengan mereka.

“Ini kali pertama saya akan berdikari sendiri di luar negara,” kata bekas pemain Hockademy itu ketika dihubungi.

Arif memperoleh peluang keemasan itu selepas diperkenalkan oleh bekas pemain kebangsaan, S Selvaraju yang sebelum ini sudah lama beraksi di luar negara termasuk Itali.

Pemain berusia 22 tahun itu akan terbang ke Itali pada 15 Mac dan beraksi bersama Butterfly Roma selama tiga bulan iaitu sehingga 15 Jun.

Arif menegaskan bukan ganjaran lumayan yang mendorongnya untuk beraksi di Itali, sebaliknya dia lebih teruja untuk mendapatkan cabaran baharu.

“Bagi saya duit nombor dua kerana yang penting pengalaman beraksi di negara orang. Kalau ikut tawaran, lebih kurang sama saja dengan apa yang ditawarkan pasukan tempatan. Lagi pun saya sudah bertanya dengan keluarga termasuk ibu dan bapa. Kedua-duanya menyokong keputusan saya untuk beraksi dengan Butterfly Roma,” katanya.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//zuphaims.com/afu.php?zoneid=2458908