Maut terhidu asap dalam kereta

February 23, 2021 | News | No Comments

Seorang lelaki maut dipercayai akibat terhidu asap dalam kereta di Taman Desa Cahaya, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 31 tahun ditemukan dalam keadaan bersandar dan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu kereta jenis Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, polis ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung insiden berkenaan bagi menjalankan siasatan.

“Pemeriksaan kemudian mendapati mangsa sudah tidak bernafas. Siasatan awal juga tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang turut berada di lokasi kemudian mengambil swab peluh (DNA), pelitup muka, botol air minuman, penyala api merah timur serta satu bekas yang mengandungi bahan bakar disyaki arang untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Shafee berkata, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat kira-kira jam 9 pagi tadi mengesahkan tiada unsur jenayah dan punca kematian disebabkan ‘smoke inhalation’ atau terhidu asap,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

HM

,

About Author

Leave a Reply

//luvaihoo.com/afu.php?zoneid=2458908