Ledakan cemburu

February 25, 2021 | News | No Comments

 Akibat cemburu, seorang isteri nekad menembak mati wanita muda yang duduk di sisi suaminya di sebuah bar di Tiangua, timur laut Brazil.

Kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan berada bersama lima rakan di meja makan.

Express Digest melaporkan mangsa, Djaiane Batista Barro, 26, maut akibat tembakan di kepala.

Ketika kejadian, Dayane Rafaella de Silva Rodrigues, 31, pergi ke bar itu dengan membonceng motosikal.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu menunjukkan dia meluru masuk ke bar berkenaan sebelum melepaskan beberapa das tembakan.

Ia terkena seorang wanita muda yang berada di meja suaminya dan mangsa dikenali sebagai Djaiane.

Tembakan turut terkena lelaki berusia 24 tahun yang dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Rakaman CCTV turut menunjukkan si suami bergelut untuk merampas pistol dipegang isterinya.

Bagaimanapun, tidak tahu apa terjadi selepas itu.

Wanita terbabit meninggalkan kawasan itu dengan membawa beg tangannya.

Susulan kejadian, polis menahan Dayane Rafaella untuk membantu siasatan.

Berdasarkan siasatan, wanita itu melepaskan tembakan kerana marah suaminya yang berada di premis berkenaan.

Polis berkata, mereka sebelum itu bergaduh mengenai sikap si suami yang sering ke bar berkenaan.

Dayane Rafaella mendakwa ketika kejadian dia hanya melepaskan tembakan secara rambang untuk menyuruh suaminya beredar.

Wanita itu juga dilaporkan tidak memiliki rekod kesalahan lampau.

HM

About Author

Leave a Reply

//dacmaiss.com/4/2458908