Kuala Lumpur: Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19.

Dalam kenyataan malam tadi, syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia Airlines.

“Pengenalpastian secara digital ini akan membuka jalan untuk penumpang Malaysia Airlines yang akhirnya memanfaatkan pilihan teknologi tanpa sentuh sepanjang proses perjalanan.

“Penumpang boleh membuat janji temu secara mudah dengan pihak perubatan diperakui yang mengambil bahagian, untuk melakukan ujian Covid-19 RT-PCR atau melampirkan sijil vaksinasi Covid-19 mereka di telefon bimbit, menjadikan proses keperluan perjalanan lebih lancar,” menurutnya.

Pas kesihatan itu juga akan mengesahkan ujian Covid-19 atau keperluan vaksinasi, dan kemudian berkongsi status OK to Travel penumpang dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group, Izham Ismail berkata, kaedah itu akan memberi keyakinan kepada penumpang di samping menyediakan akses kepada proses perjalanan yang lancar untuk penumpang bersedia bagi perjalanan.

Naib Presiden Kanan (Lapangan Terbang, Penumpang, Kargo dan Keselamatan) IATA, Nick Careen berkata, aplikasi perjalanan IATA merupakan satu penyelesaian yang boleh dipercayai kerajaan dan penumpang sama ada ia berfungsi secara sendirian atau disepadukan dengan aplikasi perjalanan syarikat penerbangan.

Malaysia Airlines kini bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk melancarkan kad kesihatan dan akan berkongsi butiran lanjut dalam tempoh terdekat.

-hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//dacmaiss.com/4/2458908